Thursday, October 28, 2010

Untuk Renungan Semua...

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Dakwah Itu Cinta....

Assalamualaikum....


Dakwah itu cinta dan tidak ada dakwah tanpa cinta. Dakwah bukanlah suatu yang boleh dilakonkan tetapi ia :
  1. Lahir dari perasaan yang membentuk kesedaran.
  2. Dipandu oleh kefahaman.
Dakwah itu adalah nafas kehidupan manakala Tarbiyah pula adalah sendi perjuangannya. 
Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.
Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari :  
  1. Fikiran kita.
  2. Perhatian kita.
  3. Berjalan kita.
  4. Duduk kita.
  5. Tidur kita.  
Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai.
Memang seperti itulah hakikat dakwah.  Ia menyedut :  
  1. Saripati tenaga kita.
  2. Sampai ke tulang belulang kita.
  3. Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita.
Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.

Seperti itulah pula apa yang berlaku  kepada rambut Rasulullah saw di mana rambutnya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.  
Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak.

Sukar membayangkan sekuat mana khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan. Hanya dalam dua (2) tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.

Dakwah bukannya :
a. Tidak meletihkan.
b. Tidak membosankan.
c. Tidak menyakitkan.
Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui. 
Justeru kerana rasa letih dan sakit itu :
  1. Sentiasa mereka rasakan.
  2. Sentiasa menemani mereka.
  3. Sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi.
Maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan mereka.

Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada.

Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan jihad yang begitu mempesonakan.

Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :
1. Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.
2. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.
3. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.
4. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.
5. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

Dalam doa Rabithah, Imam Hasan Al Banna telah melakarkan bait-bait berikut :
‘Ya Allah Engkau tahu, Hati-hati ini telah Berkumpul dalam cinta-Mu, Bertemu dalam taat-Mu, Menyatu menolong dakwah-Mu, Berjanji memperjuangkan syariat-Mu,'Maka eratkan ikatannya, Dan abadikan cintanya.....'. (Doa Rabithah)
Tidak ada penjelasan sejarah tentang suasana yang menjadi latar belakang kepada Imam Hasan Al Banna di kala menulis beberapa potongan doa tersebut.
Ia menyebutnya sebagai ‘Wirid Pengikat’.
Pengikat hati yang sedang dibangunkan untuk memikul bebanan dakwah bagi kebangkitan umat di mana mereka memahami bahwa :  
  1. Beban mereka berat.
  2.  Jumlah mereka sedikit.
  3. Musuh mereka banyak. 
Jadi mereka memerlukan landasan yang kukuh dan pengikat yang kuat.
Maka oleh itu :
a.       Landasannya adalah iman.
b.      Pengikatnya adalah cinta.
1.      Cinta menjalin jiwa-jiwa mereka dalam kelembutan yang cukup menenangkan, maka setiap mereka adalah hamparan permaidani halus yang empuk dan masing-masing dengan bentuk yang unik mampu duduk bersama dalam keadaan santai.
2.      Cinta mereka sentiasa mampu menampung semua bentuk perbezaan di mana ada kebebasan berpendapat namun tidak ada sikap yang melukakan hati saudaranya, begitu juga ada sikap keterbukaan tapi objektif dan matlamat tetap di atas segalanya.
3.      Cinta melahirkan pertanggungjawaban di mana setiap mereka sentiasa bertanya tentang sejauh mana mereka mampu mempertanggungjawabkan sikap mereka di depan Allah swt nanti?
4.      Cinta juga melahirkan kelembutan di mana perbezaan-perbezaan mereka dikelolakan dalam etika yang mampu menenangkan jiwa kerana setiap perbicaraan mereka sentiasa berakhir dengan amal. Perbezaan di antara mereka tidak akan mengubah situasi mereka sepertimana kata-kata penyair Mohamad Iqbal iaitu ‘Umpama penyapu lidi yang diikat dengan cinta untuk membersihkan kehidupan.’
5.      Cinta juga memberi mereka tenaga di mana para pemikul beban kebangkitan itu pastilah akan menempuh jalan perjuangan yang penuh liku dan pendakian yang menyukarkan. Pada setiap satu jarak waktu dan tempat, nilai bebanan mereka semakin bertambah. 
Hakikatnya mereka pasti mengalami proses penuaan diri, sepertimana sabda Rasulullah saw :  
"Surah Hud dan saudara-saudaranya telah mengubankan rambutku."  
Kalau bukanlah dengan tenaga yang kuat dan dahsyat itu, siapakah yang sanggup mendaki gunung sambil memikul bebanan di atas bahunya?
Itulah Cinta, sumber segala kekuatan.

Tenaga cinta menolak mereka untuk tumbuh, bergerak dan membangun dalam tempoh yang cepat di samping ikatan cinta yang mengatur irama mereka dalam keserasian yang begitu indah.  
Itulah sumber yang membuatkan mereka :
  1. Kuat.
  2. Tenang.
  3. Tidak pernah tergugah.
Oleh kerana itulah dakwah yang tidak disulami dengan cinta akan melahirkan kebencian dan kesempitan hati yang akan membawa kepada perpecahan.
Pendakwah memerlukan kebesaran hati untuk menampung hati-hati mereka yang menyahut seruannya.
Apabila semangat mengutamakan saudaranya dan bersangka baik telah memenuhi jiwa pendakwah, maka itu tandanya pohon Cinta Dakwah sedang subur mekar di hati mereka.
Berapa banyak hati-hati manusia yang terperosok dan terasing malah ada yang dilupakan, namun, apabila Allah swt menghendaki ianya mendapat :
  1. Hembusan cinta dakwah.
  2. Sentuhan dari tangan yang lembut.
  3. Pandangan yang redup.
Maka ianya mudah tumbuh dan mekar laksana sekuntum bunga yang sedang mengembang lantas jiwa-jiwa itu akan menghadap Penciptanya laksana menghadapnya siang hari dan perasaan itu mengalir laksana mengalirnya sungai-sungai.
Setelah itu, lahirlah fitrah kemanusiaan menurut hakikatnya yang 'Rabbani' yang memancarkan cahaya dengan petunjuk kebenaran lalu bangkit membentuk dan membangun keperibadian yang suci.
Pandanglah objek dakwah kita dengan pandangan cinta dan kasih sayang, simpatilah dengan mereka yang melakukan maksiat dan bangkitkan rasa tanggungjawab serta berusaha untuk menjadi penyebab kepada sampainya hidayah di jiwa mereka.
Jadi benarlah apabila Imam Hasan Al Banna mengumumkan kembali cintanya :

'Maka Eratkan Ikatannya Dan Abadikan Cintanya'
Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan cinta di dalam hati kami terhadap saudara-saudara seperjuangan kami. Eratkanlah ikatan iman itu melalui ikatan cinta yang abadi sehingga ia menjadi tenaga yang mampu menegakkan tulang belulang kami dan meneruskan perjalanan dakwah yang panjang hingga kami mendapatkan kemenangan atau gugur syahid di jalanMu. 
Ameen Ya Rabbal Alameen

Sunday, October 24, 2010

Jaurah Ilmu

Alhamdulillah

Semoga dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Pada 23hb Oktober telah diadakan jaurah ilmu bagi membantu ikhwah-ikhwah kita yang bakal menduduki peperiksaan Final, terutamenye kepada bakal-bakal engineer dan juga Chef Engineer, hehe.. 
Program telah berjaya dijalankan dengan bantuan pakar-pakar bidang engineering iaitu:

Prof Madya Dr Roslan Mohd Hashim,
IR Jamaludin Abdullah,
IR Hamizat Ahmad,
Muhammad Abdullah Alwi
Syafizal Ishak, Graduan.
IR Muhammad Abdul Rahman.

Ukhwah UiTM merakam setinggi-tinggi penghargaan,
Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan mereka semua...


Barisan bakal-bakal engineer kite dan Chef engineer... :)


Khusyuk memberi perhatian...

 


Tekun tumpu perhatian...

Dr. Roslan bersama anaknya yg sangat comey...

Eh eh..kucing pun semangat nak datang.... tapi tido plak..

Like Father Like Son...
Gali, gali, gali.....cari soalan tu....


Anak Jepun mane plak nih..


Pengisian Style Usrah..


hah dengar, dengar, dengar..

Bagus, bagus..tumpukan perhatian....

Makang Jangang x makang...

Pergh... sedap x biskut tu apez??

Hah jemput makang...

*Burp* Alhamdullilah.. Kenyang suda.. Apalagi Tidola...



Akhi Harryzan bersama IR Muhammad Abdul Rahman..

Bile makanan nak sampai nih???



Zakwan: Ana mmg x sabo nak makan nih *slurpp*
 Hafiz: Sabo ye... Sabo. Kite tunggu same2
 
Hah tu dia.. makanan dah sampai.. apalagi makanla..bak kata org swk 'majoh'..hehe..

Meh Hawari, ana suapkan....


Alhamdullilah wa Sukrulillah...
Telah selesai sudah hikayat jaurah ilmiyah kite.

Semoga semue selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan akhir dan ujian-ujian akan datang...

Ameen...

Jom Futsal

Alhamdullilah..

Semoga dirahmati dan dilindungi Allah SWT,

Pada 20hb Oktober 2010 selepas Satu sem menunggu akhirnya telah berjalan program yang dinanti-nantikan oleh semue Ikhwah UiTM iaitu....

jeng jeng jeng........




Futsal di Bes Bola-Bola...

Barisan atlit-atlit kite yang dicintai....
Ehhh...mane perginye bola???
Aksi Tendangan Maut... Pergh..

Ehh ni macam nak tekong bola je...

Mari Kita Bersenam.

alamak!!! ade org buat posing maut ler...


Hawari: Jommm terbang!!!!
 Ihsan: Alamak!!! Dia nak terbang la pulak.....
            


Mesti best kan?? 

Insyaallah... jumpa lagi pada Futsal yang akan datang dengan atlit yang lebih ramai dan semangat yang berkobar-kobar. Semoga ukhwah kite kekal selamanya. Amen..